Pencalonan dan Pengumpulan Maklumat
Menurut carta aliran proses
program pemulihan di atas, pencalonan murid pemulihan
adalah proses utama kepada pemilihan calon untuk ditempatkan di dalam program
pemulihan. Pencalonan murid pemulihan boleh dilakukan oleh guru kelas, guru mata pelajaran, Guru Besar, ibu bapa atau penjaga serta
melalui pencapaian dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik.
Guru kelas
boleh mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan
pencapaian murid-murid dalam kemahiran 3M iaitu menulis, membaca, dan mengira,
keputusan ujian bulanan murid dalam kelas, semester dan ujian setiap kemahiran
serta hasil kerja murid dalam kelas.Guru mata pelajaranbahasa
Melayu dan Matematik juga boleh mencalonkan murid yang diajar oleh mereka untuk
mengikuti kelas pemulihan dengan berdasarkan pencapaian mereka. Sekiranya
murid-murid lemah dan tidak dapat menguasai kemahiran yang disasarkan, maka
mereka layak untuk dicalonkan ke kelas pemulihan.
Selain itu, Guru Besar boleh mencadangkan murid-murid untuk
mengikuti kelas pemulihan dengan berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid
serta pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.Ibu bapa atau penjagaboleh mencalonkan anak-anak
mereka untuk mengikuti program pendidikan pemulihan berdasarkan masalah
pembelajaran anak mereka.
Di samping itu, murid-murid
juga boleh dicalonkan berdasarkan kepadapencapaian
dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan Matematik.Pencapaian murid boleh
diambilkira berdasarkan Saringan LINUS bagi Tahap 1 serta Instrumen Penentu
Penguasaan Menulis dan Membaca (IPP2M) dan Instrumen Kemahiran Asas Matematik(IKAM)
bagi Tahap 2.
Selepas
pencalonan murid, proses pengumpulan maklumat akan dijalankan.
Butir-butir individu dan prestasi murid akan membantu guru pemulihan untukmemahami
murid yang dicalonkan. Ini membolehkan seorang guru pemulihan membuat keputusan
sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan atau tidak. Daripada rekod individu, guru pemulihan dapat tahu tentang
beberapa aspek penting seperti kesihatan dan taraf ekonomi keluarga yang mungkin
ada hubungan dengan kegagalan murid serta mempunyai rekod keputusan kemajuan
akademik yang dapat menunjukkan prestasi murid dalam matapelajaran-mata
pelajaran asas.
Selain daripada rekod
individu murid, sumber maklumat yang lain ialah
seperti Guru Besar boleh mencampurtangan
berdasarkan peninjauan rekod murid, pemerhatian, dan perhubungan. Guru kelasjuga
boleh menambahkan maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran,
ketepatan masa ke sekolah, kadar dan taraf kerja, kebiasaan-kebiasaan serta
perhubungan dengan murid-murid lain. Ibu bapa boleh memberitahu tentang tingkah
laku umum, kegemaran, dan perkara-perkara yang murid tidak gemar serta sikapnya
terhadap pelajaran.
Akhir sekali, borang rujukan juga boleh menunjukkan secara umum
kelemahan-kelemahan murid.Hal ini demikian kerana borang rujukan mengandungi kemahiran
asas murid untuk membaca, menulis, dan mengira serta tingkah laku murid di
bilik darjah.
Ujian Saringan
Ujian
saringan ialah satu instrumen
pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan
kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi
mengikuti Program Pemulihan Khas.Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang
lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas.
Ujian Saringan bertujuan untuk
menentukan calon yang layak untuk
dimasukkan ke program pemulihan khas.Bahan atau topik dalam Ujian Saringan
merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa
saringan diberikan.Oleh itu, senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan
dan direkodkan dalam Jadual Penentu Ujian.Ujian boleh dijalankan apabila
pencalonan diterima. Selain itu, ujian akandilaksanakan secara individu atau
kumpulan kecil.
Saringan yang digunapakai
bagi Tahap 1 ialah Saringan LINUS dan saringan yang digunapakai bagi Tahap 2
ialah Instrumen Penentu Penguasaan Dua Menulis dan Membaca (IPP2M) serta
Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM).Hasil daripada ujian akan direkodkan dalam
Borang Rekod Ujian untuk difailkan. Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas
Pemulihan Khas berdasarkan beberapa faktor seperti skor yang lemah, jenis
masalah yang dihadapi oleh murid, dan ruang yang ada untuk Kelas Pemulihan
Khas.
Ujian Diagnostik dan Ujian Pengamatan
Ujian
Diagnostik merupakan ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan
Khas.Ujian ini digunakan untuk membantu
guru pemulihan mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh
setiap murid pemulihan.
Ujian Diagnostik disediakan
oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan wajib dijalankan terhadap setiap murid dengan
tujuan untuk membantu guru pemulihan mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan
kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya
membentuk objektif pengajaran.Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat
pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami oleh murid ketika
belajar dan mengenal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu
kemahiran.
Manakala, pengamatan adalah
satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindakbalas pancaindera. Ujian ini
disediakan untuk membantu mengesan murid dalam tindakan membeza, mengumpul, dan
membuat penumpuan sebagai persediaan untuk mengikuti pembelajaran dan
pengajaran.
Analisis Ujian Diagnostik dan Ujian Pengamatan
Penganalisaan keputusan
hendaklah dikumpul, direkodkan dan diberi interpretasi dengan cermat untuk
mempastikan masalah-masalah murid.Keputusan analisis
ujian diagnostik akanmenunjukkan daerah-daerah
kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.
Cara ini dapat membantu guru pemulihan untuk mengenal pasti kumpulan tertentu
mengikut kebolehan dan daerah-daerah kesukaran yang dihadapi.
Analisis kesalahan ujian tersebut
juga dapat membantu guru merancang satu
program pengajaran yang khusus kepada seseorang individu atau kepada satu kumpulan
dengan lebih tepat dan sistematik.Berdasarkan
kepada analisis kesalahan ujian diagnostik tersebut, guru pemulihan dapat
mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang telah dipilih. Daerah-daerah
kelemahan itu akan membantu guru agar dapat memilih kemahiran yang tepat untuk
memulakan proses pengajaran danpembelajaran.
Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian
Selepas analisis Ujian
Diagnostik dan Ujian Pengamatan dibuat, guru pemulihan boleh merancang tentang pembelajaran dan pengajaran murid berdasarkan
analisis ujian diagnostik.
Tindakan Susulan
Murid yang telah dapat
menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akanmenjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa
dengan bantuan dan kerjasama dari guru pemulihan apabila perlu. Guru kelas,
guru mata pelajaran, dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama antara satu
sama lain bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.
Murid pemulihan yang berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan
semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.
Mereka akansentiasa dipantau oleh guru
pemulihan ketika berada di kelas biasa. Tujuannya adalah untuk melihat
perkembangan murid tersebut disamping membantu guru di kelas biasa dalam proses
pngajaran mereka. Jika terdapat masalah terhadap murid tersebut, maka guru
pemulihan akan bertindak segera untuk menyelesaikannya.
Dalam meneguhkan kemahiran
yang telah dikuasai oleh murid, guru kelas, guru mata pelajaran, dan guru
pemulihan perlu bekerjasama bagi membuat perancangan yang bersesuaian untuk
murid tersebut agar murid dapat mengikuti proses pembelajaran di dalam kelas
biasa. Guru kelas dan mata pelajaran hendaklah mengenal pasti strategi, kaedah
serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kebolehan
murid yang telah dipulihkan.
Kesimpulannya, strategi
pelaksanaan program pemulihan merupakan satu langkah yang penting ke arah
kejayaan sesuatu program pemulihan di sekolah-sekolah.Strategi pelaksanaan
program tersebut dapat membantu guru pemulihan untuk melaksanakan program
pemulihan dengan lebih berkesan.Selain daripada itu, strategi pelaksanaan perlu
mantap bagi melahirkan ciri-ciri pemulihan yang berkesan terhadap murid-murid
yang gagal menguasai kemahiran menulis, membaca, dan mengira.
Pengurusan
Kelas Pemulihan
Jadual Waktu, Agihan Waktu Mengajar, dan Jumlah Murid
Langkah penting dalam pengurusan jadual waktu tentukan masa yang diperlukan
mengikut keperluan kelas berpandukan jadual waktu induk sekolah, selaraskan
dengan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik, jadual waktu mestilah
dipamerkan di ruang pengurusan dalam bilik darjah, dan sekiranya diperlu,
dapatkan kerjasama daripada Jawatan kuasa Jadual Waktu Sekolah.
Agihan
waktu mengajar untuk kelas pemulihan ialah sebanyak 900 minit ke 1020 minit
termasuk waktu persediaan 120 minit.Agihan waktu mengajar bergantung
kepadakeperluan mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik dan jumlah murid
Pemulihan Khas.Bagi sekolah yang mempunyai 2 sesi persekolahan: sekiranya sekolah
mempunyai 2 orang Guru Pemulihan atau lebih guru boleh diagihkan mengikut sesi persekolahan
yang ditentukan oleh pentadbir sekolah. Sekiranya sekolah mempunyai seorang
guru, guru pemulihan hendaklah memberi keutamaan kepada murid Tahap 1, guru pemulihan
boleh berada di kedua-dua sesi mengikut kesesuaian.
Jumlah
murid dalam pembelajaran dan pengajaran hendaklah tidak melebihi 15 orang.Walau bagaimanapun,jumlah yang paling sesuai adalah tidak melebihi daripada 10 orang murid pada setiap sesi
pembelajaran.
Pengurusan Fail
a)
Tahap
1
Ø
Mengikut
sistem fail dalam program LINUS
b)
Tahap
2
Ø
Fail-fail
seperti berikut perlu disediakan:
i.
Fail lndividu Murid yang
mengandungi dokumen orang pencalonan, profil murid pemulihan, ujian saringan
dan diagnostik, rekod prestasi ujian diagnostik, IPMBDP dan ISD, hasil penilaian yang telah
dijalankan, dan catatan-catatan lain yang berkaitan denganmurid.
ii.
Fail Lembaran Kerja Bahasa Malaysia / Matematik (disediakan secara individu)
iii.
Fail Data Prestasi Murid (Individu)
dan Kelas
iv.
Fail Perancangan Program Pemulihan Khasyang merangkumi pelan tindakan program,
takwim program, carta gantt aktiviti sepanjang tahun, jadual waktu, borang
tindakan susulan, dan fail pengurusan.
Rekod Kedatangan Murid
Rekod
Kedatangan Murid di kelas Pemulihan hendaklah disediakan bagi merekod
kehadiran murid setiap hari.Rekod ini boleh dijadikan rujukan kekerapan kehadiran muridke kelas Pemulihan.
Peruntukan Kewangan
Guru Pemulihan boleh
menggunakan peruntukan bagi pelaksanaan Program Pemulihan Khas daripada Bantuan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan pekeliling seperti di bawah “Bantuan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling“(Pekeliling Kewangan Bil:2/91 – KP1573/17/jld.8(78)bth.11
Feb.1991). Tujuannya adalah untuk bimbingan pendidikan bagi membolehkan kanak-kanak menerima pendidikan
yang sesuai dengan bakat, tahap kecerdasan dan kebolehannya.
Selain itu, pihak pentadbir
sekolah perlu memastikan peruntukan PCG bagi Bahasa Malaysia dan Matematik
digunakan oleh guru pemulihan untuk penyediaan bahan bantu mengajar untuk kelas
pemulihan.