Animated School Pencil Pendidikan Pemulihan: KONSEP DAN DEFINISI

KONSEP DAN DEFINISI


Konsep Program Pendidikan Pemulihan
               Konsep Program Pemulihanialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa.
Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan.Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa.Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘menjadikan pulih’.Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.
Menurut “National Association for Remedial Education ‘NARE’ Great Britain”-1977, Program Pendidikan Pemulihan Khas merupakansatu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR. Oleh hal demikian, ia memerlukan tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan murid-murid yang menghadapi kesulitan terhadap kemahiran 3M. Murid-murid pemulihan akan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa atau kelas pemulihan khas secara sambilan ataumenyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.
Manakala, dalam Buku Panduan Am KBSR-1982, pendidikan pemulihan merupakan lanjutan daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ia dikenali juga sebagai “remedial education” di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.
Pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatuyang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.Pendidikan Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. KonsepPemulihan KBSR ialah ia dilaksanakan dalam kelas biasa mengikut mata pelajaranyang tertentu. Kumpulankumpulan akan dibentuk dan murid yang menghadapimasalah dalam kemahiran 3M akan dibimbing dan dipulihkan bagi menguasai kemahiran tersebut. Murid-murid ini dibimbing dan dipulihkan oleh guru mata pelajaran tersebut dengan mendapat khidmat nasihat daripada Guru Pendidikan Pemulihan Khas.
Konsep pendidikan pemulihan khas seterusnya ialah pengajaran pemulihan adalah berdasarkan kepada diagnosis kelemahan dan kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Sebelum murid-murid ditempatkan di kelas pendidikan pemulihan khas, mereka akan mengikuti prosedur-prosedur seperti yang terdapat dalam carta alir pelaksanaan program pendidikan pemulihan khas untuk mengenal pasti murid yang menghadapi masalah pembelajaran dan membuat penilaian awal atas mereka.
Pendekatan secara individu, misalnya mengadakan kelas khas yang kecil dankurikulum yang anjal yang boleh diubahsuai agar membolehkan murid-murid ini menguasai kemahiran 3M. Dalam mengajar sesuatu kemahiran, guru pemulihan khas hendaklah mempermudahkan gerak kerja dalam proses pengajaran dan pembelajarannya supaya murid boleh melaksanakannya, mendapat kepuasan, dan menguasai kemahiran yang diajar.Guru pemulihan perlu mengurangkan masa untuk gerak kerja lain supaya murid yang lemah dapat diberi perhatian dan juga perlu menggunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara untuk murid tersebut.

  Definisi Program Pendidikan Pemulihan
               Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245, 1246), ‘Pulih’bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula).‘Pemulihan’ bermaksud perbuatan memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula.Dalam konteks ini,konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.
Ahli-ahli pendidik barat dan tempatan juga telah memberikan pelbagai pendapat mengenai takrifan pendidikan pemulihan.Menurut laporan yang bertajuk “Asia and Pacific Programme of Educational Innovation for Development” (1987) yang disediakan oleh Kementenian Pendidikan Malaysia, pengajaran pemulihan ialah “a process in which children with learning problems are given practical alternatives and effective approaches (programme) in education”.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) telah mentakrifkan bahawa pendidikan pemulihan adalah satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesukaran dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
Creber (1974) mentakrifkan pengajaran pemulihan sama dengan pengajaran imbuhan. Menurut beliau, pemulihan kadangkala merupakan pengalaman-pengalamanyang tidak dinikmati oleh kanak-kanak yang tidak bernasib baik.Definisi ini disokong oleh Brennan (1974) yang mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah pengajaran untuk penyesuaian dan pembetulan bagi murid-murid yang didapati menghadapi masalah dalam pembelajaran. Menurut beliau, “Remedial education is regarded as the kind of education required to meet needs which are the result of learning disabilities, that is learning failure which cannot be explained by any reference to inadequacies in the pupils enviromental situation or life experience”.
Berdasarkan Collins (1961), pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas.Beliau menegaskan pengajaran iniialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Collins telahmenyimpulkan pendidikan pemulihan sebagai “special education treatment of children found to be failing in the basic school subjects of reading, spelling and number”…
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2001 pula, program pemulihan khas merupakan satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus dan di ruang yang khusus.
Oleh itu, secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.
Di samping itu, guru pemulihanatau guru pemulihan khas merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti atau institut perguruan sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya, guru pemulihan mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1984), murid pemulihanialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran, dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Kid

Kid