Sebelum tahun 2007,
kerajaan kurang menitikberatkan terhadap
pendidikan pemulihan.Dengan ini, pelaksanaan pendidikan pemulihan di
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah wujudnya
pelbagai halangan atau kelemahan.
Antara
kelemahan-kelemahan yang wujud di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ialah seperti guru pemulihan diarah oleh Guru Besar untuk
mengambil alih tugas guru-guru biasa yang tidak hadir dan mengganti kelas.Pelantikan guru pemulihan adalah dilantik
oleh Guru Besar untuk menggantikan jawatan kosong tersebut.Oleh itu, guru
yang dilantik untuk menjadi guru pemulihan ialah guru yang tidak mempunyai
pengetahuan atau kemahiran untuk menjalankan pendidikan pemulihan.
Tambahan
pula, pihak sekolah terpaksa mengadakan
bilik pemulihan di tempat-tempat yang tidak mempunyai keperluan asas sebagai
kelas seperti bilik stor yang terletak di sebelah tandas kerana kekurangan
bilik darjah.Oleh itu, bilik tersebut sangat tidak sesuai untuk murid-murid
pemulihan kerana saiznya yang kecil dan juga kekurangan alatan.
Masa yang diperuntukkan juga terlalu
rigid atau ketat
sehingga menyebabkan kadangkala pelaksanaan program pemulihan terpaksa
diberhentikan apabila kanak-kanak pemulihan terpaksa balik ke kelas
masing-masing dan juga perlu menyiapkan kerja rumah yang diperoleh kelas biasa
dan kelas pemulihan.
Mulai tahun 2007,Kementerian Pelajaran mula memberikan perhatian
secara serius untuk tujuan menjayakan program pendidikan pemulihan.Di
samping itu, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina iaitu SJK(C) juga memberikan lebih
perhatian terhadap murid pemulihan iaitu murid-murid yang pencapaian akademik
kurang baik di sekolah.
Pelaksanaan
pendidikan pemulihan semakin hari semakin dititikberatkan telah menyebabkan guru-guru pemulihan diberikan peluang untuk
mengikuti kursus pendidikan pemulihan bagi tujuan memantapkan lagi
pengetahuan guru-guru pemulihan.Manakala, bilik pemulihan pada peringkat awal yang
saiznya agak kecil seperti bilik stor.Kini, saiz bilik pemulihan telah dibesarkan kepada standard bilik kelas biasa.Kelas
pemulihan juga disediakan dengan
alatan-alatan dan perabot yang seadanya serta dihiaskan dengan keceriaan.
Selain itu, kemudahan ICT telah
disediakan dalam bilik pemulihan dan dilengkapi dengan alat bantu mengajar (ABM).
Contoh
keadaan atau suasana bilik pemulihan pada masa kiniyang dipenuhi dengan bahan-bahan
hiasan, kemudahan ICT, sumber-sumber bacaan, dan sebagainya.
Selain
daripada pertambahbaikan terhadap keadaan bilik pemulihan, pelbagai program
pendidikan pemulihanjuga
telahdilaksanakan oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
pada masa sekarang.
Sebagai
contohnya, salah satu program pendidikan pemulihan yang dilaksanakan ialah Sistem “Withdrawal”. Cara pelaksanaan sistem ini ialah
murid-murid yang lemah dan terpilih dari
kelas biasa akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan. Guru pemulihan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan bahan
bantu mengajar yang menarik dan sesuai sehingga murid-murid yang
ditempatkan di kelas ini mampu menguasai kemahiran-kemahiran yang gagal
dikuasai di kelas biasa dan ditempatkan semula di kelas biasa. Murid-murid
pemulihan ini akan hadir ke kelas pada waktu tertentu untuk mengikut pengajaran
dan pembelajaran berkaitan pemulihan Bahasa
Melayu dan Matematik.
Program
pendidikan pemulihan kedua yang dilaksanakan di SJK(C) ialah Instrumen Penentu Penguasaan 3M (IPP3M).Program IPP3M ini
diperkenalkan bertujuan untuk mengenal
pasti tahap penguasaan murid dalam kemahiran asas 3M untuk menentukan
kumpulan murid yang perlu meneruskan program pemulihan di samping memberi
maklumat tentang tindakan yang patutu diambil untuk membantu murid yang
berkenaan.
Program
yang seterusnya ialah program yang baru mula dilaksanakan mulai tahun 2010
sehingga 2012 di seluruh Malaysia, iaitu Program
Literasi dan Numerasi (LINUS). Program LINUS yang dilaksanakan ini bertujuan
untuk memastikan semua murid Tahun 1
pada 2012 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan
mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Program ini
dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan
waktu sedia ada dan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran asas literasi
dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Ujian LINUS
Saringan akan diadakan 2 kali setiap tahun terhadap murid-murid Tahun 2,3
manakala 3 kali terhadap murid-murid Tahun 1.
Program
yang baru dilaksanakan pada tahun 2013 ialah PROTIM 3M.Sasaran
bagi program ini adalah untuk murid tahun 4, 5, dan 6 pada mulanya akan
terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas
murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR bagi memastikan murid-murid yang tamat dalam peringkat sekolah rendah dapat
menguasai kemahiran 3M dan dapat mengikuti perkembangan di Sekolah Menengah
dengan baik. Selepas UPSR, murid-murid dalam program PROTIM akan diberikan
pemulihan selama 2 bulan sebelum ke Sekolah Menengah nanti.