Animated School Pencil Pendidikan Pemulihan: MASALAH DAN CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN

MASALAH DAN CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN

Masalah dan Ciri-ciri dalam Tulisan
  • perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain
  • bentuk huruf ditulis terlalu condong
  • menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan
  • menulis tanpa mengikut garisan
  • menulis mengikut arah kanan ke kiri
  • mencampur huruf besar dan huruf kecil
  • menulis perkataan mengikut urutan yang salah

Masalah dalam Bacaan
  • Bentuk Huruf
  1. huruf terbalik
  2. keliru nama-nama huruf yang hampir sama bentuk
  3. keliru menamakan huruf besar dan huruf keicl
  • Peringkat Suku Kata
  1. salah memecah suku kata
  2. keliru membunyikan e taling dan e pepet
  3. tidak dapat membunyikan dengan btul suku kata VK di awal perkataan
  • Kesukaran dalam Pengamatan
  1. mengeja sebelum membaca
  2. menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan
  3. keliru ejaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
  • Kesukaran Membaca Peringkat Ayat
  1. mengulang
  2. menggantikan perkataan dengan perkataan lain
  3. pembalikan perkataan
Masalah dalam Ejaan
  • Lemah dalam Ingatan Penglihatan
  1. tidak dapat mengingat sesuatu perkataan
  2. masalah penglihatan seperti rabun dan juling
  • Lemah dari Segi Analisis Pendengaran
  1. tidak dapat mengecam bunyi-bunyi yang terlibat dalam perkataan
  2. tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.

Kid

Kid