Pengenalan Kepada Pendidikan Pemulihan
Sejarah Perkembangan Program Pendidikan
Pemulihan di Malaysia
Pendidikan
pemulihan di negara kita bermula sejak tahun enam puluhan iaitu pada tahun 1965
apabila terdapat3 orang guru yang mendapat latihan di England kembali
berkhidmat di Malaysia. Sehingga tahun 1968, seramai 9 orang guru mendapat
latihan di luar negara.Justeru itu, program pendidikan pemulihan di Malaysia
telah bermula sebagai ‘Pilot Projek’ di 9 buah sekolah rendah di seluruh negara
Malaysia.Projek ini bermula pada awal tahun 1967 dan telah berakhir pada tahun
1970.Kajian yang dijalankan terhadap sekolah-sekolah rendah tersebut telah
merumuskan satu keputusan iaitu Program Pendidikan Pemulihan sangat diperlukan
bagi membantu kanak-kanak yang menghadapati masalah pembelajaran.
Kerajaan telah
membekukan pengambilan guru-guru yang berkursus dalam bidang pendidikan
pemulihan antara tahun 1968 hingga 1974.Berdasarkan Laporan Murad 1971,
didapati terdapat 25% murid-murid sekolah rendah telah tercicir. Kesedaran
kerajaan terhadap peratusan keciciran murid di sekolah rendah yang tidak dapat
menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira telah menyebabkan
kerajaan mengambil langkah-langkah awal yang positif berdasarkan Laporan Murad
dari tahun 1971 hingga 1973. Akhirnya, kerajaan sedar terhadap kepentingan
Program Pendidikan Pemulihan.Oleh itu, seminar yang pertama telah diadakan di
Universiti Malaya pada tahun 1975.
Pada tahun yang
sama, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menjalankan projek percubaan dalam Pendidikan Imbuhan
untuk sekolah rendah bawah di 12 buah sekolah dengan menggunakan strategi
pendidikan pemulihan. Pada masa itu,strategi pendidikan pemulihan ini
dijalankan oleh guru kelas biasa. Kanak-kanak yang terlibat dalam projek
pendidikan pemulihan ini ialah murid yang menghadapi masalah pembelajaran
ringan dalam bahasa Melayu, Matematik, dan bahasa Inggeris manakala murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran yang lebih kompleks akan diserahkan kepada
guru pemulihan khas.
Projek Pendidikan
Imbuhan ini lebih menekankan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan
daripada status ekonomi sosial yang lebih rendah. Merekaakan diberi bantuan
dari segi makanan tambahan, pinjaman buku teks dan juga program pembangunan
masyarakat. Walau bagaimanapun, projek ini tidak berjaya keranahanya sebilangan
kanak-kanak yang mendapat faedah dan masihada kanak-kanak yang tercicir.Oleh
itu, projek ini telah dihentikan dan memberikan tumpuan terus kepada Pendidikan
Pemulihan Khas.
Di samping itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengadakan Kursus
Dalam Cuti (KDC)untuk guru-guru sekolah rendah pada tahun yang sama.
Jawatankuasa kursus adalah 2 minggu dalam cuti penggal pertama, 2 minggu dalam
cuti penggal kedua, dan 4 minggu dalam cuti penggal ketiga. Tujuan KDC ini
adalah untuk menyediakan setiap sekolah rendah mempunyai guru pemulihan yang
terlatih.Ekoran dari itu, beberapa Maktab Perguruan di seluruh negara juga mula
menyediakan kursus tersebut seperti jadual di bawah.
Tahun
|
Pusat Kursus
|
Tempoh Kursus
|
1975
|
Universiti
Malaya
|
2 minggu
|
1976
|
Maktab
Perguruan Teknik
|
3 minggu
|
1977
|
Maktab
Perguruan Teknik
|
3 minggu
|
1978
|
Maktab
Perguruan Teknik
|
2 minggu
|
1979
|
lDi
Peringkat Negeri
|
10x Sabtu
|
Selain itu, kursus 1 tahun telah dijalankan di Maktab Perguruan
llmu Khas, Kuala Lumpur pada tahun 1977.Kementerian juga mengadakan kursus
dalam cuti penggal persekolahan hingga sekarang sejak tahun 1981.Tambahan pula,
kursus-kursus jangka pendek juga diperkenalkan untuk
menampung kekurangan guru pemulihan yang mempunyai latihan khas jangka pendek.
Negara Malaysia pada
mulanya, pemulihan hanya menjalankan kursus khasdalam
bentuk kursus dalam perkhidmatan iaitu melibatkan guru-guru terlatih yang
sedang berkhidmat.Kursus yang ditawarkan adalah dalam bentuk sepenuh masa dan
juga dalam cuti dari dua hari hinggalah satu tahun.Akan tetapi, mulai Julai 2007 kursus ini telah ditawarkan sebagai kursus
pra perkhidmatan bagi kursus perguruan lepas ijazah.Kursus ini dijalankan
secara sepenuh masa dan juga dalam mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah
(LPBS) melalui kursus dalam cuti.Dengan ini, latihan perguruan dalam bidang
pendidikan pemulihan terus berkembang ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan yang dilaksanakan secarasepenuh masa bermula pengambilan pelajar
ijazah pertama ini pada Januari 2009.
Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan mencatatkan bahawa pada tahun 2005, sebanyak 4.4 peratus
murid sekolah rendah masih belum menguasai 3M.Oleh itu, mulai tahun 2006 Kementerian
Pelajaran Malaysia menambah baik program yang sedia ada dan melaksanakan
program baharu bagi mengurangkan peratusan murid yang tidakmenguasai kemahiran
3M.
Program
terpenting ialah Kelas Intervensi Awal Membaca dan
Menulis (KIA2M).Program ini bertujuan untuk membantu murid tahun 1
menguasai kemahiran membaca dan menulis.Program ini dilaksanakan oleh guru
Bahasa Melayu.Usaha lain ialah menambah guru pemulihan khas.
Pada 12 September 2009, akhbar Berita Harian Online menyiarkan
berita bahawa 85,000 orang murid tahun 1 di negara kita belum menguasai
kemahiran membaca dan menulis (2M). Data ini telah menunjukkan bahawa pencapaian
KIA2M tidaklah membanggakan.Oleh hal demikian, bermula pada tahun 2010,Program Literacy and Numeracy Screening (LINUS) telah menggantikan
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M).LINUS berkaitan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).Pelaksanaan
program LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3 untuk menguasai kemahiran literasi
dan numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013 kecuali murid berkeperluan
khas.
2.1.2 Program Pendidikan Pemulihan di Malaysia
Terdapat 7
Program Pendidikan Pemulihan di Malaysia iaitu Program Pendidikan Pemulihan Khas, Program Pendidikan
Pemulihan dalam Kelas KBSR, Program Literasi dan Numerasi (LINUS), Program
Pendidikan Pemulihan Khas Orang Asli (PKMOA), Program 3M (PROTIM), Instrumen
Penentu Penguasaan 3M (IPP3M), dan Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M).
Program Pendidikan Pemulihan Khasmula diberi perhatian oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia setelah Laporan Murad 1972 melaporkan bahawa terdapat 25% murid-murid sekolah
rendah tercicir dan tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis, dan
mengira. Oleh hal yang demikian, kursus dalam perkhidmatan telah diperkenalkan
kepadaguru-guru yang berminat dalam bidang pendidikan pemulihan dan dihantar
mengikuti kursus 14 minggu dan Kursus Sijil Perguruan Khas selama satu tahun
bermula pada tahun 1990an.
Laporan
akhbar Berita Harian keluaran 27 November 2007 menyatakan kira-kira100,000
murid Tahun Satu tidak dapat menguasai 3M.Jumlah ini mewakili 23 peratus
keseluruhan murid Tahun Satu.Laporan ini menggusarkan kita tentang kadar
keciciran bakal berlaku pada peringkat peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Persekolahan Malaysia
(SPM) kelak. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif
menganjurkan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) secara sepenuh masa, Latihan
Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) secara kursus dalam cuti dan diikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bermula pada bulan Januari tahun 2009.
Program
Pendidikan Pemulihan Khas dilaksanakan
di dalam sebuah kelas khassecara sistem
“withdrawal”.Program ini dikelolakan oleh guru-guru yang menerima latihan khas
dan mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam pendidikan pemulihan khas
manakala murid-murid yang ditempatkan dalam kelas khas ini adalah murid-murid
dari kelas biasa yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas biasa.
Murid yang akanditempatkan di kelas khas ini perlu mengikuti prosedur tertentu
setelah dicalonkan sebelum berjaya diterima mengikuti pendidikan pemulihan
khas. Sistem “withdrawal” yang diamalkan menuntut guru-guru pendidikan
pemulihan khas agar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan rajin,
tekun, bertenaga dengan bahan bantu mengajar yang menarik dan sesuai, berasaskan
model pengajarantertentu sehingga murid-murid pemulihan khas ini mampu menguasai
kemahiran-kemahiran yang gagal dikuasai semasa di kelas biasa. Murid-murid yang
terpilih ini akan hadir di kelas pemulihan khas pada waktu tertentu untuk
mengikuti pengajaran dan pembelajaran berkaitan pemulihan Bahasa Melayu (membaca
dan menulis) dan Matematik (mengira). Pada waktu mata pelajaran lain
murid-murid ini akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
Program Pendidikan Pemulihan dalam Kelas KBSRadalah di bawah tanggungjawab guru
mata pelajaran KBSR. Terlebih dahulu, guru mata pelajaran akanmenilai pencapaian
murid pada setiap sesi pengjaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi pengajaran
dan pembelajaran tersebut, guru akan membuat analisis terhadap pencapaian murid
dan menentukan sama ada terdapat murid
yang gagal menguasai kemahiranyang diajar atau tidak. Sekiranya terdapat murid
yang gagal menguasai kemahiran yang diajar, guru mata pelajaran perlu
melaksanakan pendidikan pemulihan dalam darjah dengan segera agar murid
tersebut tidak ketinggalan.
Program
pendidikan pemulihan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran ini lebihfokus
kepada kegagalan murid menguasai kemahiran yang diajar.Program pemulihan dalam
kelas KBSR ini menggunakan sukatan mata pelajaran KBSR. Kegagalan berterusan
murid yang telah mengikuti program pemulihan dalam kelas KBSR ini, guru mata
pelajaran akanmencalonkan murid tersebut agar dapat dibantu dengan lebih khusus
dalamprogram pendidikan pemulihan khas.
Program Literasi dan Numerasi (LINUS)mula dilaksanakan di seluruh negara Malaysia mulai tahun
2010 hingga 2012. Program LINUS dilaksanakan bertujuan untuk memastikan semua murid Tahun 1 pada tahun
2010 dapat menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis (literasi), dan
mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu semasa murid berada di Tahun 4.Pelaksanaanprogram
LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian PelajaranMalaysia yang
disasarkan menjelang tahun 2012.Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang
mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursuspengajaran dan
pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yangdikendalikan
oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut
zon negeri masing-masing.
Program Pendidikan Khas Murid Orang Asli (PKMOA)telah dirancang oleh Kementerian
Pendidikan untuk memenuhi keperluan
pendidikan murid Orang Asli yang tidak dapat menguasai kemahiran asas lisan,
membaca, dan menulis. Mereka akan menjalani program Tahun Pemulihan selepas
Tahun 2.Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyediakan bahan kurikulum bahasa
Melayu tahun pemulihan seperti huraian sukatan pelajaran bahasa Melayu tahun
pemulihan, modul buku aktiviti, dan bahan bantu mengajar. Huraian sukatan
pelajaran tahun pemulihan bahasa Melayu memuatkan senarai kemahiran asas iaitu
kemahiran mendengar dan bertutur (lisan), membaca, dan menulis yang perlu
dikuasai oleh murid dalam Tahun Pemulihan.huraian sukatan pelajaran ini
berasaskan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang sedia ada.
Program 3M (PROTIM)dikhususkan
kepada murid yang mengalami kesulitan dalam menguasai kemahiran asas membaca,
menulis, dan mengira iaitu tiga kemahiran asas yang menjadi fokus dalam
KBSR.Oleh itu, program ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam
kemahiran-kemahiran tertentu, mengubah
sikap murid yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta
memupuk, mengembangkan sikap keyakinan
diridan sikap positif terhadap pembelajaran.
Dengan
kata lain, PROTIM adalah sebahagian daripada sejarah hidup program pemulihan. PROTIM
mempunyai maksud dan tujuan yang sama dengan pemulihan.PROTIM dilaksanakan di
sekolah bagi murid yang juga menghadapi masalah 3Mdalam kategori aras rendah.
Sasaran program PROTIM ini adalah untuk murid tahun4, 5 dan 6 pada mulanya akan
terlibat dalam program PROTIM ini. PROTIM bagi Tahun 6 pula dijalankan selepas
murid-murid selesai menduduki peperiksaan UPSR.
Program Instrumen Penentu Penguasaan 3M (IPP3M) diperkenalkan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam
kemahiran asas 3M.Hasil analisis maklum balas dari murid yang menggunakan
istrumen IPP3M ini dapat menentukan kumpulan murid yang perlu meneruskan
program pemulihan.Instrumen ini juga dapat memberi maklumat tentang tindakan
yang patut diambil untuk membantu murid yang berkenaan.
Program Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M)merupakan satu program yang dirancang
khusus untuk membantu murid tahun 1 bagi
menguasai kemahiran asas 3M dalam Bahasa Melayu.Mereka ini bukan hanya
terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang
hanya perlukanpemulihan dalam kelas.Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid
menguasaikemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan
sepenuhmasa oleh guru Bahasa Melayu tahun 1. Konsep pengajaran Bahasa Melayu
merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi
penggabung jalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan
Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam
Bahasa Melayu. Program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan.Masa yang dijalankan
merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah.
Semua
murid tahun 1 akan mengikuti ujian penapisan.Ujian ini merupakan ujian yang terpenting
bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M dalam Bahasa
Melayu. Murid yang lulus akanmeneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal
akan ditempatkan dalam program ini.Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
perlu sesuai dengan keperluan untuk membantu murid tersebut menguasai kemahiran
asas 3M dengan seberapa segera yang boleh.